‘SAYA YANG TENGOK PUN MALU, DIORANG YANG TERIMA JOB TAK RASA APA-APA KE?’ – PABILA NABILA HUDA MINTA PANDANGAN RAMAI!

Uish jarang sekali MH dengar Nabila Huda bersuara tentang industri, selalunya Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil ini hanya dengan hal keluarganya.

Namun baru beberapa jam yang lalu, Nabila mempersoalkan tentang pelakon-pelakon baru yang sudah diberi tanggungjawab berat melakonkan sesuatu watak penting dalam sesebuah drama.

Melalui Twitter, Nabila meminta pandangan orang ramai adakah patut seorang pelakon extra atau baru diberi watak berat dan utama untuk slot penting di stesen TV?

Kerana baginya, lebih baik jika ‘orang-orang baru’ ini diberi peluang untuk berlatih belakon dengan watak pembantu dahulu untuk mencari pengalaman dan menimba ilmu.

Menurutnya lagi, dia sendiri akui dia juga melalui perkara yang sama cuma dia mengambil beberapa tahun untuk sampai ke tahap sekarang.

 

Malah ada di antara mereka terpaksa menununggu giliran untuk tunggu siapa paling layak untuk memegang watak utama.

 

Tetapi zaman sekarang semuanya berbeza kerana wujudnya media sosial dan telefon pintar.

Nabila sempat menyoal adakah pemilihan watak utama kini lebih kepada ‘fresh look’, murah, kulit putih melepak dan jumlah pengikut tinggi di Instagram?

Bagaimanapun dia tidak menolak, selebriti yang berkualiti kebanyakannya sudah berusia tetapi jika perkara ini berterusan pasti akan memberi kesan negatif kepada industri seni tanah air.

Walaupun begitu, Nabila hanya sekadar berkongsi pendapat dan hanya ingin ajak pengikutnya bincangkan isu ini, tiada niat untuk mengutuk.

Memang ada benar kata Nabila, kadang-kadang kita sendiri tidak kenal siapa pelakon yang baru. Namun bagi pandangan MH mahu atau tidak zaman sentiasa berubah, waktu sentiasa berlalu. Jadi inilah peralihan zaman yang perlu kita terima.

Lebih lagi zaman sekarang media sosial sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Jadi tidak hairanlah mengapa kebanyakan ‘instafamous’ mula mencuri peluang masuk ke dalam industri dan lebih diberi perhatian.

Dan buat pendatang baru, pandai-pandailah cari peluang dan belajarlah dari senior-senior, janganlah pula buat diva pada mereka, nanti digelar bodoh sombong pula, kan?

Apa Kata Anda

Sumber; Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply