Sebelum Ini Diana Danielle Mengakui Rumah Tangganya Dengan Farid Kamil Pernah Goyah Dan Mereka Berdua Hampir…. – Penjelasan Diana Danielle Sebelum Ini Menjadi Tanda Tanya Punca Farid Kamil Bertindak Sedemikian!?

Sebelum ini, pelakon Diana Danielle mengakui rumah tangganya bersama Farid Kamil pernah goyah dan mereka berdua hampir bercerai. Namun, Diana akui tindakan beliau ke Mahkamah Rendah Syariah bersama seorang peguam didorong oleh perasaannya yang terlalu emosi.Tambah Diana, beliau juga ada silapnya apabila sering menyangka Farid sengaja ingin mengambil kesempatan terhadap beliau dan menyerahkan segala hal anak-anak kepada Diana.Tidak memberikan sebarang komen mengenai isu rumah tangganya, Farid menerusi portal Utusan Online semalam akhirnya buka mulut dan mengakui rumah tangganya pernah goyah.Rumah tangga ini ibaratnya seperti cuaca tertentu. Ada kalanya panas dan kadang-kadang hujan lebat. Begitu juga perkahwinan saya dan isteri. Apa jua masalah yang berlaku memantangkan kami berdua dari segi pendekatan dan juga tindakan yang boleh diambil. Yang penting ialah sentiasa bermuhasabah diri dan kenal pasti masalah sebenar yang menjadi punca persengketaan.Farid lebih selesa untuk menggunakan cara lama iaitu mengambil masa untuk mengenal pasti kelemahan dan kekurangan masing-masing.

Saya percaya sekiranya ada perkara-perkara yang melibatkan masalah dalam rumah tangga, cara terbaik ialah merujuk kepada pakar-pakar yang bertauliah dalam bidang berkaitan. Sebagai suami, apabila sudah membuat keputusan untuk menerima akad dan nikah, tanggung jawab dia ialah memastikan asas utama dalam perkahwinan iaitu ilmu agama perlu jadi keutamaan.

Farid  juga menasihatkan  pasangan muda yang ingin berkahwin untuk  mendalami ilmu agama terlebih dahulu dalam usaha memastikan perkongsian hidup suami isteri kekal bahagia.

Diana Danielle dan Farid Kamil sering dianggap sebagai pasangan selebriti paling romantis dan cukup bahagia dengan kehadiran dua orang cahaya mata yang cukup comel.

 

Namun, kehadiran Diana bersama seorang peguam di Mahkamah Rendah Syariah sekitar minggu lepas mencetuskan tanda tanya ramai mengenai status rumah tangga mereka.

Menerusi ruangan Hip di akhbar Berita Harian, Diana akui mempunyai masalah rumah tangga dan sedang berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan yang dibina.

Saya terlalu mengikut emosi dan perasaan marah ketika membuat keputusan itu. Rumah tangga mana yang tidak bergelora? Saya akui perkahwinan kami dilanda badai, tetapi masih boleh diselamatkan. Selama ini saya terlalu banyak memendam rasa dan apabila tidak lagi tertanggung, ia meletus.

Tindakan saya itu bagaimanapun, tidak tepat kerana tidak terlebih dahulu berbincang dari hati ke hati dengan suami. Saya hanya memikirkan hati sendiri yang terluka tanpa menyedari, saya juga pernah melukakan hati suami. Tidak dinafikan, Farid terkejut dengan tindakan saya.

Tambah Diana, beliau juga ada silapnya apabila sering menyangka Farid sengaja ingin mengambil kesempatan terhadap beliau dan menyerahkan segala hal anak-anak kepada Diana.

Biasalah lelaki, tanggungjawab terhadap anak-anak kadangkala dilepaskan sepenuhnya ke bahu isteri. Saya tidak fikir, suami juga bekerja keras menyara keluarga.. Tidak adil untuk saya letakkan 100 peratus kesalahan di atas bahunya. Apabila jadi begini, saya sedar ini yang dikatakan dugaan berumah tangga.

Diana walaubagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila semuanya sudah selesai selepas beliau dan Farid masing-masing duduk berbincang dan meluahkan isi hati masing-masing.

Hakikatnya, Diana dan Farid cukup menyayangi antara satu sama lain dan perkahwinan mereka.

Saya tahu Farid sayangkan saya dan rumah tangga kami. Begitu juga saya. Jika ditakdirkan kami berpisah, saya tidak fikir saya akan berkahwin lain. Saya juga “cinta mati” kepada Farid. Saya harap jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri. Harap Diana dan Farid bersabar dalam setiap dugaan didalam rumah tangga dan tidak mudah mengalah. Ingatlah kembali saat indah semasa anda bercinta dan cuba untuk menyelesaikan setiap perkara dalam keadaan tenang. Sebenarnya, dugaan-dugaan dalam rumah tangga bukan sekadar menguji kesetiaan dan kasih sayang, tetapi ia mungkin juga dapat menambahkan lagi rasa cinta apabila dapat mengenali pasangan dengan lebih baik. Apa-apa pun, kami mendoakan rumah tangga Diana dan Farid dapat kekal sehingga jannah.

Sumber Berita : Berita Harian

Be the first to comment

Leave a Reply