(Video) Ucapan sulung Anwar Ibrahim, lautan rakyat membanjiri Padang Timur, PJ

 

Hari yang sangat bermakna bagi rakyat Malaysia apabila dibulan yang mulia ini (Ramadhan) disambut dengan berita gembira apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan jam 11.30 pagi tadi.

Bagi meraikan pembebasan beliau, penyokong Pakatan Harapan (PH) dan rakyat telah membanjiri Padang Timur, Petaling Jaya sebentar tadi.  Anwar tiba jam 9.35 malam bersama dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Program anjuran Angkatan Muda Keadilan itu dihadiri pimpinan PKR dan PH dan difahamkan lebih dari 10,000 orang telah membanjiri lokasi tersebut.

Himpunan itu diadakan bersama-sama rakyat yang melakukan solat Maghrib, solat Isyak dan solat Terawih. Disusuli juga dengan solat hajat.

 

Sebelum ini, Anwar, 71 tahun, dipenjarakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2015 menolak rayuannya terhadap sabitan bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya serta hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Tinggi.

Walau bagimanapun, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dengan dinasihatkan Lembaga Pengampunan Diraja bertitah memperkenan rayuan pengampunan penuh terhadap Anwar.

Ketua Umum PKR itu dibebaskan serta-merta pada Rabu tanpa sebarang syarat, malah rekod lampaunya juga terpadam.

 

 

link live di bawah :

 

 

 

 

Sumber:citemalaya

Be the first to comment

Leave a Reply